photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, July 20, 2012

Puasa: apa yang perlu kita buat?

Assalamualaikum w.b.t


Puasa akan bermula pada esok hari....Adakah sahabat2 semua sudah sedia? Klu orang tanya Iman macam 2.... Iman akan jawab: Puasa di bulan Ramadhan itu wajib, jadi memang kena buat. Puasa: Apa yang kita perlu buat sebenarnya?


Sepanjang pemerhatian Iman xkira la dalam dalam facebook atau percakapan sahabat.... apa yang iman perasan sesetengah orang sentiasa mengatakan perkara dunia dalam urusan dalam bulan ramadhan neh...


Apa yang biasa dikatakan:


1) Baju Raya 
2) Nak beli makanan bazar ramadhan
3) Nak shopping barang untuk rumah
4) Kuih Muih Raya


semuanya tertumpu kepada perkara diatas, tapi adakah itu yang dituntut dalam agama?sebenarnya apa yang perlu kita fikir dan amalkan ketika ramadhan adalah seperti:


1)Qiyamullail


Ia merupakan tradisi Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Dalam sebuah riwayat, Nabi pernah bersabda: " Barangsiapa solat malam dibulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu."
( Riwayat Bukhari dan Muslim)


2) Bersedekah


Rasulullah S.A.W adalah orang yang sangat dermawan,terutama sekali pada bulan Ramadhan. Beliau pernah bersabda: " Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan."
(Riwayat At-Tirmidzi)


3) Banyakkan bacaan Al-Quran dan mengamalkannya.


4) Banyakkan amalan Sunat


5) Istiqamah Solat Terawih


Bagi Iman bukan xboleh untuk kita semua fikir tentang keperluan kita untuk hari raya, tapi sekiranya sampai merasakan ramadhan ini hanya untuk raya sahaja adalah salah. Sebab itu berlakunya perkara2 yang memalukan seperti dengan sengaja tinggal puasa dan tidak memuliakan bulan ramadhan itu sendiri. Jadi sahabat sekalian marilah semua kita amalkan apa yang dituntut syarak dan bukan memikirkan dunia semata2. InsyaAllah.


W'salam.

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...