photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Sunday, September 16, 2012

Hadis 40: Jangan Cari dan Beri Mudharat


Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh melakukan kemudharatan".

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat dan menyebabkan kemudharatan terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi kesejahteraan umat manusia semuanya sama ada muslim atau bukan muslim.

(2) Seseorang mukmin dilarang mencari susah atau mudharat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau menimpa orang lain. Agama lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang membawa mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Taraf Hadis ini Hasan)

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...