Assalamualaikum w.b.t
Pada hari neh saya ingin kongsikan dengan sahabat2 yang dirahmati Allah tentang Kafir. Kenapa pulak cerita pasal Kafir pulak? sebab dari pemerhatian saya ramai bila diajukan tentang Kafir terus memaki dan tanpa segan silu berkata kesat dengan perkataan membunuh dan sebagainya. Mereka juga ada haq2 mereka dalam kehidupan ini dan juga sesetengahnya mendapat jaminan dari Nabi tentang keselamatan mereka..indahnya Islam....Jadi jom kena tgk jenis-jenis Kafir:
Orang-orang kafir yang haram untuk dibunuh adalah tiga golongan:
Kafir dzimmi
( Asal kata dari Ad-Dzimmah al- ‘ahd beerti Perjanjian):
Orang kafir yang membayar jizyah(cukai) dan patuh kepada syariat atau undang2 negara Islam tersebut.
Hak bagi Kafir Dzimmi:
1. Tidak boleh dipaksa untuk masuk agama Islam.
ومن كان على يهوديته أو نصرانيته فإنه لايفتن عنها وعليه الجزية
Rasulullah saw. telah menulis surat untuk penduduk Yaman,
“Siapa saja yang beragama Yahudi atau Nashara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkannya, dan wajib atasnya jizyah.
(Hadis Riwayat Abu Ubaid)
2. Wajib membayar jizyah(cukai) melainkan sudah tidak mampu, tua, perempuan dan kanak-kanak.
3. Boleh lakukan muamalah (jual beli dan sebagainya) dengan Kafir Dzimmi.
Kafir mu’ahad
orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati
Hak bagi Kafir Mu'ahad:
1. Dilarang membunuh mereka selagi ada perjanjian sepakat. Ini sesuai dengan hadis Nabi:
Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang membunuh seorang kafir Mu'aahad maka dia tidak akan mencium aroma wangi al Jannah (padahal) sesungguhnya aroma wangi al Jannah itu didapati (tercium) sejauh perjalanan 40 tahun."
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
2.Setelah perjanjian sepakat telah habis maka mereka sama seperti Kafir Harbi.
Kafir musta’min
orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin
Hak bagi Kafir Musta'min:
1. sama seperti kafir dzimmi cuma tidak boleh berada didalam negara itu melebihi satu tahun,kenapa? sebab jika satu tahun dia bermastautin maka dia wajib membayar jizyah (kerana jizyah diambil setelah cukup satu tahun)
2. Wajib dibantu sekirannya nyawanya diancam, perkara ini sesuai dengan firman Allah:
Maksudnya:
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(Surah At-Taubah: ayat 6)
dan ada satu kafir yang boleh diperangi iaitu:
Kafir Harbi
Kafir yang memusuhi Islam dan bercita-cita untuk menjatuhkan Islam tetapi bukan sewenang2nya boleh dibunuh, Firman Allah:
Maksudnya:
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) Agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Baqarah: ayat 190-192)
Moga penerangan yang saya bentangkan sedikit sebanyak memberikan ilmu dan membuka minda mata sahabat2 sekalian..jika ada sebarang kesilapan, moga Allah ampunkan dosa saya..ameen. sahabat2 juga boleh melihat entri saya yang bertajuk: Mu'tah: Peperangan kerana pembunuhan Utusan.
No comments:
Post a Comment