photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Sunday, November 11, 2012

Fikir2: Dugaan Allah, Nikmat Allah


Assalamualaikum w.b.t… moga sahabat semua dalam rahmat Allah sentiasa...ameen :)

Pernahkan anda apabila dalam keadaaan sangat tertekan dengan dugaan kehidupan lantas Allah berikan jalan keluar yang sangat banyak sehingga anda terpana? Allah, pada saat itu memang terasa bagai ingin menitiskan air mata rasanya. Sungguh kitalah hamba yang paling beruntung, dugaan sebenarnya satu ujian buat kita dalam menguji ketaatan dan kesabaran sebagai seorang hamba, sesuai dengan firman Allah:






Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Surah Al-Baqarah: ayat 155)


Apabila difikirkan sering kali kita sentiasa rasa teraniaya dengan dugaan Allah, sentiasa rasa Allah tidak adil dan sebagainya. Itu fitrah nafsu sebagai manusia biasa,  seringkali kita akan kalah dalam dugaan padahal Allah telah nyatakan pada kita:




Maksudnya:
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

(Al-Anbiyaa’: Ayat 35)


Dan setiap dugaan yang Allah berikan kepada kita sesuai dengan keimanan kita, bermaksud  jika makin banyak dan tinggi dugaan itulah ukuran iman kita, jadi kepada yang banyak jangan sedih tapi sedihlah jika tiada dugaan langsung kerana itu tanda kurang padangan Allah terhadap anda. Firman Allah:





Maksudnya:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Surah Al-Ankabut:  Ayat 2-3)


Rasulullah s.a.w menyifatkan  dugaan yang diberikan kepada setiap muslim adalah tanda kasih sayang Allah kepada mereka, makin besar dugaan yang diterima, maka besarlah pahala yang akan diperolehinya. Hadis Nabi:

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. 

(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi, Taraf Hadis: Hasan Sahih)

Pesanan kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri, marilah sama-sama bersabar dalam menghadapi ujian yang Allah berikan. Sentiasa bersyukur dalam kehidupan walaupun ditimpa kesusahan kerana Allah telah janjikan nikmat didalam sabar kita, Firman Allah: 




Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Surah Ali Imran: Ayat 200]

Dan Hadis Nabi:
Rasulullah S.A.W  berkata kepada Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” 

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Wallahu’alam.


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...