photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, December 14, 2012

Akhlak: Bahagian Sabar

Assalamualaikum w.b.t

Hari yang sangat menyenangkan bagi diri, xlama lagi dah nak masuk kelas. Jadi pada hari ini Iman ingin berkongsi dengan sahabat sekalian tentang Bahagian Sabar:

Sifat Sabar boleh terbahagi kepada dua aspek:

Pertama: Fizikal yakni bersabar ketika melakukan kerja seharian

Kedua: Jiwa iaitu bersabar dari melakukan perkara yang diingini nafsu. Sabar yang kedua ini mempunyai beberapa jenis:

a) Sabar terhadap syahwat dan Nafsu Seksual.

b) Sabar dalam Peperangan.

c) Sabar dalam menahan Marah.

d) Sabar dalam menyimpan Rahsia.

e) Sabar dalam kesusahan dan kemewahan hidup.

f) Sabar dengan qada' dan qadar Allah.

Sahabat Nabi Abdul Rahman bin Auf berkata, apabila kami diuji dengan kesusahan, kami akan bersabar, tetapi bila diuji dengan kemewahan kami tidak mampu menghadapinya. Perkara ini sesuai dengan firman Allah:


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

(Surah Al-Munafiqun: ayat 9)

Orang-orang yang bersabar dijanjikan oleh Allah akan pengampunan dosa, ini dikuatkan dengan hadis Nabi S.A.W:

Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.ha:

" Tidak ada satu musibah yang menimpa seorang muslim itu walaupun duri yang mengenainya, melainkan Allah mengampunkan dosanya"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...