Biodata Uthman bin Affan
Nama sebenar beliau ialah Uthman bin Affan bin Abu al-As bin Umaiyah dan lahir pada tahun 576 masihi iaitu 6 tahun selepas kelahiran Nabi di Mekah Al-Mukarramah. Beliau masuk Islam melalui dakwah Abu Bakar As-Siddiq dan merupakan antara yang terawal masuk Islam. Uthman merupakan suami kepada 2 orang anak Rasulullah s.a.w. iaitu Ruqayyah dan Zainab dan digelar “Zul Nurain “. Beliau dilantik menjadi khalifah yang ketiga dalam Khulafa’ Al-Rasyidin pada tahun 644 Masihi bersamaan 23 Hijrah selepas kematian Sayyidina Umar Al-khattab dan memerintah selama 12 tahun sehingga 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah. Wafatnya beliau akibat dibunuh oleh pemberontak yang menyokong Sayyidina Ali bin Abi Talib.
Sebab terjadinya fitnah terhadap Uthman Bin Affan.
Fitnah terhadap Sayiddina uthman terjadi adalah disebabkan golongan Saba’iyyah dan musuh khalifah yang sudah lama menunggu peluang untuk menghancurkan beliau. Sayyidina Uthman pula mempunyai sifat lemah lembut dan toleransi,maka ramai yang mengambil kesempatan atas sikap beliau. Golongan Saba'iyyah dipelopori oleh Abdullah bin Saba’seorang pendeta yahudi yang masuk Islam pada penggal kedua pemerintahan Sayyidina Uthman. Beliau inginkan pengiktirafan dari Uthman sepertimana Abdullah bin Salam mendapat pengiktirafan dari Nabi Muhammad s.a.w. kerana disebabkan beberapa perkara Sayyidina Uthman menolak perkara yang diminta olehnya. Perkara ini amat mengecewakan dirinya maka beliau menjelajah ke seluruh negeri-negeri Hijaz ,Basrah, Kufah dan Syam. Di negeri-negeri inilah beliau menyampaikan dakyahnya kepada orang yang lemah pegangan. Pengikut beliau kebanyakkan dari Mesir, sangat jauh untuk memastikan kebenaran atau palsu kenyataan beliau dan semata-mata taqlid buta. Abdullah bin Saba’ ini menggunakan method lemah lembut dan tutur kata yang menarik pengikutnya. Beliau berpura-pura menjadi penyokong kuat kepada Sayyidina Ali dengan ajaran beliau yang sesat antaranya:
1.Mengatakan Ali adalah wasiat Rasulullah dalam pemerintahan.
2.Mengatakan bahawa Rasulullah akan muncul kembali seperti Nabi Isa, yakni konsep wasiyah dan raj’ah( wasiat dan kepulangan)
3.Menghasut dengan mengatakan Sayyidina Uthman mengambil jawatan khalifah tanpa hak dan meminta agar mereka membuat tuduhan dan pembunuhan kepada Sayyidina Uthman.
4.Menggunakan cogan kata “Amar Makruf Nahi Mungkar” untuk menentang Sayyidina Uthman walau apapun cara.
Sungguh licik cara musuh Islam ini merosakkan kepimpinan seorang khalifah yang mulia semata-mata kerana kecewa dan dendam. Diwaktu itu tidak ada sebarang alat komunikasi selain pos berkuda,maka perkara yang benar amat susah untuk disebarkan kepada rakyat. Kerana itu,banyak pihak yang memusuhi Islam menjalankan dakyahnya dan sasaran mereka adalah masyarakat luar Bandar.wallahu’alam.
Fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepada Sayyidina Uthman
1.Mengabaikan Hudud di awal pemerintahan.
2.Tidak menyertai perang Badar dan Bai'at Ridhwan
3.Bertindak kejam ke atas sahabat nabi Abu Darda dan menghukum buang daerah kepada Abu Zar Al-Ghafari.
4.Bertindak menyalahi sunnah dengan tidak qasar solat ketika musafir
5.Mebuat kerja bidaah dengan membakar Al-Quran
6.Menyebabkan kehilangan Cincin Mohor Rasulullah
7.Menggunakan harta benda Negara sebagai hadiah dan ganjaran kepada keluarga sendiri
8.Bersikap diskriminasi dengan melantik ahli keluarga dalam pemerintahan.
No comments:
Post a Comment