photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Thursday, December 20, 2012

Akhlak: Penawar Kesabaran

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar sahabat iman sekalian? chat? Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam serta yang paling utama nikmat bernafas. Allahu Rabbi. Jadi pada hari ini Iman ingin kongsikan dengan sahabat2 sekalian tentang Penawar kesabaran:

Terdapat beberapa penawar kesabaran diantaranya:

1) Sentiasa Berpuasa. Ketika berbuka cuba amalkan dengan makanan yang sedikit, bukan bermaksud tidak boleh makan dengan banyak tapi berhenti sebelum kenyang.

2) Meninggalkan perkara yang boleh merangsangkan nafsu seksual. Banyakkan Zikir dan Beruzlah kerana dengan zikir maka hati menjadi tenang dan salah satu cara untuk mempebaharui iman.

3) Berkahwin. Sesungguhnya berkahwin ini adalah cara untuk mempelajari erti sabar dan menahan nafsu.
Sebab itu dikatakan apabila kita berkahwin maka separuh agama telah disempurnakan. Moga sama2 dapat pasangan yang seoleh dan solehah InsyaAllah.

Hikmah mengamalkan sabar ini adalah mendapat rahmat yang tidak disangka-sangka dari Allah. Firman Allah:


Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu):
 "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

(Az-Zumar: ayat 10)




Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...