photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Saturday, December 15, 2012

Uthman bin Affan: Tuduhan,Fitnah dan Fakta. (Bahagian 2)


Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat2 sekalian, pada bahagian 1 saya telah terangkan serba sedikit tentang Sayyidina Uthman, Asbab terjadinya fitnah kepada beliau dan senarai fitnah serta tuduhan yang dilemparkan keatas beliau. Maka, pada bahagian 2 dan seterusnya saya akan membentangkan keadaan sebenar yang terjadi ketika peristiwa itu berlaku. Penerangan ini akan dilakukan secara berperingkat. Segala yang baik dari Allah, dan segala yang kurang itu dari Allah jua tetapi disandarkan kepada saya. InsyaAllah.


Isu 1: Khalifah Uthman mengabaikan hudud

Perkara ini dicetuskan setelah anak kepada Sayyidina Umar al-Khattab iaitu Ubaidillah tidak dapat menahan sabar dan telah membunuh 3 orang yang disyaki membunuh ayah beliau iaitu anak perempuan Abu Lu’lu’ah (pembunuh Umar,seorang kafir), Jufainah (seorang lelaki nasrani), dan Harmuzan (bekas gabenor di wilayah parsi). Sebab Ubaidillah membunuh anak perempuan Abu Lu’lu’ah adalah kerana dia merupakan anak kepada pembunuh ayahnya. Dua orang lagi dibunuh ialah kerana beliau cerita dari Abdul Rahman bin Abu Bakar bahawa beliau melihat sendiri Harmuzan, Abu Lu’lu’ah dan Jufainah berbincang di suatu tempat. Apabila mereka terpandang Abdul Rahman mereka terkejut dan gugup lalu dilihat oleh beliau sebilah khanjar (sejenis pisau bermata dua) terjatuh ketika itu. Setelah Ubaidillah mendengar perkara tersebut beliau bersumpah ingin membunuh mereka untuk menuntut bela. Masalah sebenar yang timbul ialah apabila Ubaidillah membunuh Harmuzan yang beragama Islam. Sepatutnya Ubaidillah menyerahkan perkara ini kepada Uthman bin Affan permerintah yang dilantik ketika itu. Ubaidillah tidak dihukum sebaliknya dibebaskan. Perkara inilah yang menyebabkan tuduhan bahawa Sayyidina Uthman tidak menjalankan hukum hudud. Sebenarnya Uthman bin Affan telah menjalankan tugasnya dengan baik kerana sebelum membuat keputusan beliau telah bertanya kepada sahabat2 dan waris kepada Harmuzan sendiri. Waris kepada Harmuzan telah memaafkan Ubaidillah tanpa paksaan kerana mereka melihat sendiri perancangan Harmuzan dan Abu Lu’lu’ah untuk membunuh Sayyidina Umar dan Uthman dengan sikap toleransi beliau membayar diat kepada waris Harmizan sebagai tanda berterima kasih atas keputusan yang diambil oleh waris Harmizan. Perkara ini tidak pernah diambil peduli oleh musuh2 Sayyidina Uthman tetapi hanya melihat kepada kebebasan Ubaidillah semata2.



Isu 2: Khalifah Uthman tidak menyertai Perang Badar dan Bai'at Ridhwan

Isu ini menjadi hujah bagi penentang Uthman untuk menunjukkan beliau seorang yang lalai tentang hal agama dan tidak bertanggungjawab. Sebelum dihuraikan dengan lebih panjang ada satu soalan yang saya ingin persoalkan, jikalau anda tahu seseorang lelaki itu adalah golongan yang lalai dan tidak menjalankan perintah agama dengan sengaja adakah anda akan menjadikan beliau sebagai menantu anda? Sudah tentu jawapannya tidak. Begitu juga Nabi yang diberikan ilham dan wahyu oleh Allah secara terus mesti dapat melihat sikap lalai Uthman dan tidak akan mengambil beliau menjadi menantu baginda,bukan seorang anak Rasulullah kahwinkan dengan Uthman malah dua orang ! bayangkan kepercayaan Nabi kepada Uthman untuk menjaga nasabnya. Berbalik kepada hal yang diatas, perkara ini telah dijawab dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam bab fadhail sahabah:

Daripada Uthman bin Abdullah bin Mauhib berkata: Seorang lelaki dari Mesir datang mahu mengerjakan haji. Ia dapati sekumpulan orang ramai sedang berkumpul, lalu ia bertanya: Siapakah mereka itu? Diberitahu kepadanya: Mereka ialah orang Quraisy. Ia bertanya lagi, siapakah orang yang paling tua antara mereka? Dijawab: Abdullah bin Umar, lalu dia menghalakan soalan kepada Ibnu Umar, Wahai Ibnu Umar aku ingin bertanya soalan, mohon diberi penjelasan. Adakah tuan tahu bahawa Uthman lari ketika medan Uhud? Jawab Ibnu Umar: Ya! Lantas bertakbir. Kata Ibnu Umar: Mari aku khabarkan kepadamu! Adapun ia telah lari pada Medan Uhud, maka aku naik saksi bahawa Allah telah memaafkan dan telah mengampunkannya. Adapun dia menghilangkan diri pada hari Badar, sebenarnya dia menjaga isteri yang juga anak Rasulullah iaitu Ruqayyah yang sedang sakit. Dalam hal ini Rasulullah bersabda: Engkau tunggulah dia,sesungguhnya ganjaran engkau sama seperti lelaki yang menyertai perang Badar dan habuannya. Dan adapun ketiadaanya dalam Bai’at Ridhwan, maka sekiranya ada lagi orang yang lebih baik nescaya Rasulullah memilihnya menggantikan Uthman untuk menjadikan wakilnya kepada Pihak Quraisy. Padahal Bai’at Ridhwan itu berlaku ketika Uthman dalam perjalanan ke Makkah. Lalu Nabi bersabda menunjukkan tangan kananya: ini tangan Uthman, maka ditepuk ke atas tangan kirinya, sambil bersabda: Ini untuk Uthman. Abdullah bin Umar berkata kepada lelaki Mesir tersebut: Sekarang engkau boleh pergi bersama-sama penjelasan ini.

Mengikut Riwayat Al-Tabari: Rasulullah s.a.w menghantar Zaid bin Harithah dari Badar kepada Uthman di Madinah (Bukan Uthman sahaja yang tidak berperang). Berita kemenangan Badar itu betul-betul ketika Uthman dan orang-orang tertentu sedang mengebumikan Ruqayyah anak Rasulullah yang baru meninggal dunia. Berita ini dilaporkan sendiri oleh Usamah bin Zaid yang diarah tinggal bersama Uthman untuk menjaga Ruqayyah yang sedang sakit. Kemudian pada bulan Rabiulawal tahun berikutnya ( tahun 3 Hijrah) Uthman dikahwinkan dengan seorang lagi puteri Rasulullah, iaitu Ummu Kalthum.

Sebenarnya perkara ini sengaja diadakan agar orang melihat buruk kepada Uthman sedangkan apa yang berlaku sebaliknya, bukan Uthman seorang yang tidak berperang tetapi ramai yang diamanahkan Nabi agar bertahan di Madinah, jika semuanya sekali pergi berperang dan tiada yang menyampaikan ilmu maka andaikata semua sekali umat Islam mati pada Medan Uhud, maka tiada lagi agama Islam di muka bumi ini. Inilah yang dinamakan strategi Rasulullah dalam bab mentadbir sebuah Negara.

Isu 3: Khalifah Uthman bertindak kejam ke atas sahabat nabi Abu Darda dan menghukum buang daerah kepada Abu Zar Al-Ghafari.

Asas permasalahan disini ialah tentang kezuhudan,bukan zuhud itu tidak bagus pada pandangan Uthman tetapi ianya berkaitan dengan masyarakat dan sahabat itu sendiri. Persamaan Abu Darda dan Abu Zar Al-Ghafari ini ialah mereka sahabat Nabi yang terkenal sebagai seorang yang Zuhud,dipayungi oleh Pemerintahan Syam oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan. Abu Darda merupakan kadi di wilayah Syam,beliau ingin mempraktikan kezuhudan seperti pemerintahan Umar dalam masyarakat tetapi tidak disokong oleh masyarakat yang ketika itu sedang menikmati pembangunan yang dirancang Muawiyyah. Jadi beliau mengkritik Muawiyyah tentang kehidupan yang semakin mewah ini. Sebenarnya perkara ini adalah akibat pendapat yang berbeza tentang konteks pemerintahan oleh Abu Darda dan Muawiyyah walaupun kedua-duanya inginkan Islam berkembang. Jadi demi kemaslahatan umum,maka Abu Darda dipecat bukan kerana Uthman tidak suka tetapi kerana dirasakan ianya tidak sesuai dalam hidup masyarakat. Abu Zar pula lain kisahnya walaupun asasnya juga tentang tidak bersetuju tentang pentadbiran Muawiyyah. Abu zar berpendapat bahawa harta awam itu adalah milik kaum Muslim dengan dalilnya:




Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Surah At-Taubah:ayat 34)

Beliau berpendapat bahawa harta awam itu mestilah dibahagikan kepada seluruh kaum Muslimin, tanpa disimpan sedikit pun,mengikut cara Abu Bakar dan Umar memerintah menjadi rujukannya. Bagi Muawiyyah pula, harta itu juga harus disimpan sedikit untuk tujuan pembangunan yang dirasakan perlu untuk rakyat. Disitulah punca berlaku pertelingkahan ini. Dalam masa yang sama, Abu Zar didatangi oleh Abdullah bin Saba’ secara diam menghasut beliau dan menyatakan bahawa Muawiyyah merancang menyimpan harta awam itu untuk kepentingan peribadi. Maka dengan selarinya perkataan Abdullah Saba’ dengan pemikiran beliau lantas beliau berasa semangat dan menuju berjumpa dengan Muawiyyah dan menemplaknya. Selepas beliau bertemu dengan Muawiyyah pun masalah masih belum selesai, beliau juga mengkritik pegawai kerajaan dengan berterusan. Akhirnya Khalifah Uthman mengambil keputusan untuk bertemu “face to Face” dengan Abu Zar. Di akhir perbincangan mereka Abu Zar secara Ikhlas berkata:

“ Maka kalau demikian engkau izinkan aku keluar, Maka sesungguhnya Madinah ini tidak lagi sesuai menjadi tempat tinggalku”

Asbab beliau membuat keputusan tersebut adalah kerana saranan Nabi kepada beliau:

Abu Zar berkata: “Rasulullah telah menyuruh aku keluar dari Madinah ini apabila pembangunanya sampai ke Sal (bukit berhampiran dengan Madinah)”.

Perkara ini sebenarnya masalah dalaman yang berlaku diantara sahabat-sahabat,salah faham yang berlaku itu sebenarnya ada hikmah. Pihak yang memusuhi Khalifah Uthman sahaja yang menyebarkan cerita yang salah tanpa mengetahui tentang cerita yang sebenar.Wallahu’alam.


BERSAMBUNG

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

2 comments:

  1. Terima kasih pd admin sbb dpat membantu saya buat present mengenai tamadun islam.....syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor Saifullah: sama2... ada ilmu kita sampai2kan :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...