photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Tuesday, October 22, 2013

Dakwah Nabi: Surat Nabi kepada Muqauqis (Gabenor Qibti Rumawi Timur)

Surat merupakan satu perantaraan dakwah yang sangat baik pada zaman Rasulullah. Kesinambungan daripada entri yang lepas, kali ini penulis akan kongsikan dengan anda Surat Rasulullah kepada Muqauqis ini yang mana ia dibawa oleh Hatib bin Balta’ah. Muqauqis ialah seorang gabenor yang memerintah di kawasan Romawi Timur. Mari kita lihat isi surat Rasulullah kepada Muqauqis:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, kepada Muqauqis Pembesar Kaum Kopti. Kesajahteraan atas orang yang mengikut petunjuk Allah. Adapun sesudah itu, maka saya, mengajak tuan masuk agama Islam. Kalau tuan masuk agama Islam, beerti menyelamatkan diri tuan dan tuan mendapat dua pahala. Jikalau tuan menolak maka tuan akan memikul dosa-dosa orang Qibti (Kopti).

Wahai Ahlul Kitab. Marilah kita sama-sama berpegang kepada perkataan yang tidak ada perbezaan di antara kita iaitu: Kita tidak menyembah selain Allah, kita tidak mempersekutukanNya dan tidak mengangkat sebahagian dari kita menjadi tuhan bagi yang lainnya. Apabila mereka berpaling,maka kamu katakanlah kepada mereka: Saksikan olehnya, bahawa kamu adalah orang Islam.

Tindak balas dari Muqauqis:

1. Mengatakan dia mengakui bahawa tanda Nabi ada pada Rasulullah tetapi baginya rasul itu perlu keluar daripada Negeri Syam.

2. Membalas surat Rasulullah:

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah,
Adapun kemudian daripada itu, saya telah membaca surat tuan. Saya pun mengetahui, bahawa ada lagi Nabi yang tinggal, belum keluar, hanya saya mengira keluarnya dari Negeri Syam.

Dan saya menghormati utusan tuan dan saya kirimkan untuk tuan seorang hamba wanita, yang mempunyai kedudukan terhormat pada orang Kopti, seorang pengawal, pakaian, baghal untuk kenderaan tuan serta keldai dan kuda. 

Nota:
  1. Hamba wanita itu bernama Mariyah Qibthiyyah.
  2. Pengawal  itu bernama Mabur.
Sumber: “ Hayatus Sayyidil Arab” karangan Husin Abdullah Basalamah


Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

  1. perkongsian yang bermanfaat..teruskan usaha anda.. datang follow sini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...