:::Rakan:::

Sunday, October 27, 2013

Kandungan Old Statement (10 Perintah Kitab Taurat)

Kitab Taurat adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa di Bukit Tursina, Kitab ini dikurniakan Allah sebagai pedoman kepada Bani Israel ketika itu yang mempunyai 10 perintah asas. Kita ini telah diselewengkan oleh pihak yang berkaitan dimana banyak kisah Nabi dan Rasul digambarkan dengan perkara yang buruk yang boleh kita lihat didalam Kitab Perjanjian lama ( Old Statement). Suatu perkara yang menarik ialah hukum yang masih kekal didalamnya walaupun sudah diubah suai tetap membawa kepada maksud yang sama. Mari kita lihat 10 Perintah terkandung dalam Kitab keluaran ini:

1. Jangan kamu bertuhan selain daripada Aku.

“ Akulah Tuhan Allahmu yang membawa engkau keluar dari Tanah Mesir, tanah perhambaan, jangan ada di antaramu Allah yang lain daripadaku”
(Kitab Keluaran 20:23)

2. Jangan menyembah Patung Berhala

“ Janganlah membuat patung-patung yang menyerupai apa pun di langit di atas atau bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi”
(Kitab keluaran 20:3)

3. Jangan memakai Nama Allah untuk membuat keburukan.

“ Janganlah menyebut nama Tuhan Allahmu dengan sebarangan, sebab Tuhan akan memandang bersalah terhadap orang yang menyebut namanya dengan sebarangan.
( Kitab keluaran 20:17)

4. Jangan bekerja pada hari ketujuh (Sabbat) dan Menghormatinya.

“ Ingatlah dan kuduskan hari Sabbat, enam hari lamanya engkau akan bekerja dan  melakukan pekerjaanmu”
(Kitab keluaran 20:8)

5. Hormati Ibu Bapa.

“ Hormatilah ibu bapamu, supaya dipanjangkan umurmu dalam negeri yang dianugerahkan Allahmu kepadamu.
( Kitab Keluaran 20:12)

6. Jangan membunuh sesama manusia.

“ Jangan membunuh”
( Keluaran 20:13)

7. Jangan Berzina.

“ Jangan Berzina”
( Kitab keluaran 20:14)

8. Jangan Mencuri.

“Janganlah kamu mencuri, janganlah kamu berbohong, dan janganlah kamu berdusta sesama kamu”
( Imamah 19:11)

9. Jangan Sumpah dusta.

“ Janganlah kamu bersumpa dusta atas namaku, suapaya engkau jangan melanggar kedustaan nama Allahmu, Akulah Tuhanmu”
( Imamah 19:12)

10. Jangan berkehendak hak orang lain.

“Janganlah berkehendakkan rumah sesama kamu, jangan berkehendakkan isterinya, atau hambanya lelaki dan perempuannya, atau lembu dan keldainyaa, ataupun yang dipunyai olehnya.
( Kitab Keluaran 20:17)

Nota: Perkara yang diunjurkan untuk paparan sahabat yang ingin tahu dan juga yang tidak tahu tentang apa yang terkandung didalam dalam ajaran selain Islam. Ianya dimasukkan dalam bab perbandingan agama dimana ianya adalah cabang ilmu yang perlu dikaji dan dipelajari oleh bakal Da'ei. Dapat dilihat ajaran yahudi pada zaman dahulu jika dilihat ada kesinambungan dengan ajaran Islam. Akan Bersambung...

Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...