photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Wednesday, December 18, 2013

Peringkat-peringkat Nafsu Pada Manusia



Assalamualaikum w.b.t....

Moga sahabat sentiasa dalam rahmat Allah. Penulis pada entri kali ini akan berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang peringkat nafsu. Setiap makhluk diatas muka bumi ini mempunyai nafsu walau binatang sekalipun, jadi tidak mustahil bagi insan yang diciptakan dengan sempurna yang bergelar manusia ini mempunyai nafsu, nafsu ini merupakan kurniaan Allah kepada hambaNya selari dengan penciptaan akal dimana akal dan nafsu merupakan rahmat dan ujian dari Allah kepada kita.

Menurut kajian sarjana Islam, Nafsu ini boleh dibahagikan kepada kepada 7 tingkatan dimana setiap tingkat merupakan darjat kepada keadaan seseorang disisi Allah. Mari kita lihat 7 tingkatan nafsu:

1) Nafsu Ammarah: Orang yang mempunyai nafsu ini adalah orang yang melakukan perbuatan dosa, tetapi tidak pernah merasakan bahawa dosa itu satu kesalahan, merasa bahagia apabila melakukan kejahatan dan merasakan ia selamat dari seksaan Allah di akhirat kelak.

2) Nafsu al-Lawwamah: Orang yang mempunyai nafsu ini adalah orang yang merasa berdosa dengan dosa yang dilakukannya namun walaupun ianya bertaubat, ia tetap melakukan dosa tersebut.

3) Nafsu al-Mulhammah: Orang yang berada dalam keadaan nafsu ini adalah orang yang menghindarkan sesuatu dosa kerana keadaaannya. contohnya seperti orang yang berhenti meminum arak atas sebab mempunyai gangguan penyakit hati, jadi boleh dikatakan nafsu ini adalah nafsu yang diilhamkan oleh sesuatu yang lain.

4) Nafsu Al-Muthmainnah: Orang yang berada dalam keadaan nafsu yang dapat dikawal dimana insan ini tetap dengan pendiriannya untuk menjadi baik dan menghindarkan diri dari dosa yang sebelum ini dilakukan, orang yang teguh pendirian dan tenang tanpa rasa tergugat dengan ajakan untuk melakukan kejahatan.

5) Nafsu Al-Radhiyah: Orang yang mempunyai nafsu ini mempunyai keredhaan yang tinggi walaupun diberikan dugaan yang menyakitkan jiwa raganya tetapi perkara itu tidak menurunkan keimanannya malah ia makin meningkat.

6) Nafsu Al- Mardhiyah: Orang yang diredhai Allah kerana keikhlasan dan keredhaannya kepada Allah, maka orang seperti ini terlindung dari melakukan perbuatan yang tidak diredhai.

7) Nafsu Kamilah: Nafsu yang paling sempurna dimana ianya tiket untuk menuju ke syurga, kerana kesabaran dan keikhlasanya dalam mengharungi pengembaraan nafsu.

Sumber: Kunci Memahami Tasawuf karangan Dr.Mustafa Zuhri.



Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...