photo akidah_zpsa5d101ab.png

:::Rakan:::

Friday, January 31, 2014

Imam Muslim: Ulama' Hadis Naisabur.



Nama penuh beliau ialah Abu Husain bin Al-Hajjaj bin Muslim bin Warad bin Kausyadz. Beliau bernasab Qusyairi. Perkara ini dijelaskan oleh Imam Nawawi:

"Dia adalah bernasabkan Qusyairi, Negeri asal An-Naisaburi, kuat Arabnya, dan dia asalah seorang daripada imam yang alim dalam bidang ini ( Fiqh)"

Beliau dilahirkan di Naisabur ( Khurasan, Iran ) pada 206 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi.

Keluarga.

Beliau membesar didalam keluarga yang berilmu dan berkedudukan. Ayahnya merupakan seorang ketua pendidikan dan pengajaran bagi masyarakat. Perkara ini pernah dikhabarkan oleh Muhammad bin Abdil Wahab iaitu murid beliau, katanya:

" Ayahnya Al-Hajjaj bin Muslim adalah anggota majlis syeikh"

Beliau mempunyai seorang isteri iaitu anak kepada Abdul Wahid As-Shaffar dan dikhabarkan bahawa isterinya merupakan insan yang mencintai ilmu dan datang dari keluarga yang baik.

Kerjaya:

Imam Muslim hidup dariapada hasil usahanya sendiri. Dia memiliki perniagaan di Khan Mahmasy yang menjual pakaian dan bahan pakaian. Ini kerana pada waktu itu diketahui bahawa Nasaibur dikawal mata melalui perniagaan dan yang paling menyerlah perniagaan pakaian. Pakaian tersebut akan dihantar ke Syam dan sebahagian negeri yang belum maju termasuk pakaian para raja.

Perjalanan Ilmu:

Beliau dikenali sebagai seorang yang memiliki harapan dan cita-cita yang tinggi, banyak berusaha, memiliki kesabaran dalam menuntut ilmu.Antara tempat penghijrahan beliau untuk mencari ilmu ialah Hijaz, Iraq, Balkh, Baghdad, Kufah, Mesir, dan Syam.

Antara guru-guru beliau:

1) Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah Al-Ju’afi Al-Bukhari

2) Muhammad bin Yahya bin Abdullah bin Kahlid bin Faris bin Du’aib
Abd bin Hamid bin Nasir Al-Kassyi

3) Abdullah bin Abdurrahman bin Al-Fadl bin Baharm bin Abdussamad

4) Yahya bin Yahya bin Bakr bin Abdurrahman

5) Abdullah bin Maslmah bin Qa’nab

6) Ubaidullah bin Abdul Karim bin Yazid bin Farruj.


Antara murid-murid beliau:

1) Ibrahim bin Abi Talib

2) Ibrahim bin Muhammad bin Sufyan Abu Ishaq An-Nasaiburi

3)Ahmad bin Hamidun bin Ahmad bin Imarah bin Rustam

4) Ahmad bin Salamah bin Abdullah

5) Abu Husain bin Muhammad bin Ziyad Al-Qabbani

Kitab-kitab:

Al-Asami wal Al-Kuna,
Asma’ Ar-Rijal,
Al-Asma’ wal Al-Kuna,
Al-Kuna wal Al-Asma’,
At-Tamyiz,
Al-Jami',
As-Sahih,
At-Tabaqat,
Tabaqat at-Tabi’in,
Tabaqat Ar-Ruwat,
Al-Musnad
As-Sahih.

Sebab kematian:

Dikatakan oleh Ibnu Salah di mana beliau mendegar daripada Aba Abdillah Muhammad bin Yaqub yang mendengarnya dari Ahmad bin Salamah berkata: Abu Husain bin Al-Hajjaj di dalam satu majlis muzakarah, beliau menyebut tidak menjumpai jawapan tentang sesuatu hadis, maka dia pulang kerumah dan menyalakan lilin dan berkata kepada orang yang berada di dalam rumah tersebut: “ Jangan sesekali salah seorang daripada kamu masuk ke dalam bilik ini. Beliau meminta sebakul kurma yang dihadiahkan oleh orang kepada rumahnya. Beliau masuk ke dalam bilik dan apabila keesokannya dilihat beliau wafat dan kurma di dalam bakul habis dimakan serta yang paling menakjubkan hadis itu telah terjawab oleh beliau.

Wafat:

Beliau wafat pada bulan Rejab tahun 261 Hijrah bersamaan dengan 875 Masihi. Dikhabarkan beliau wafat pada umur 55 tahun pada petang ahad dan dikebumikan pada hari isnin (Menurut Riwayat Al-Hakim)



Sampaikan ilmu setiap hari, inilah saham yang tidak pernah rugi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...